1. Pembayaran
● Semua harga yang dinyatakan adalah muktamad seperti dalam invois/quotation.
● Bayaran hendaklah dibuat mengikut jadual yang dipersetujui.
● Deposit yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan
membatalkan pesanan/perkhidmatan.
● Perjanjian ini dianggap sah dan mengikat sebaik sahaja pelanggan membuat
pembayaran deposit, walaupun tanpa tandatangan rasmi di atas dokumen ini.
2. Kos Tambahan
● Sebarang kos tambahan yang timbul selepas pembelian/perkhidmatan (contoh:
pengangkutan, penghantaran semula, pemasangan tambahan, aksesori tambahan,
kos tenaga kerja luar jangka, cukai atau fi berkaitan) adalah tanggungan penuh
pelanggan.
● Harga asal tidak termasuk sebarang kerja tambahan kecuali yang dinyatakan secara
bertulis.
3. Jaminan (Warranty)
● Jaminan hanya merangkumi kecacatan daripada pihak pengeluar/pembekal.
● Jaminan tidak meliputi kerosakan akibat salah guna, pemasangan tidak mengikut
arahan, bencana alam, ubah suai tanpa kebenaran, atau kemalangan.
● Segala kos penghantaran balik barang/peralatan untuk tuntutan jaminan adalah
ditanggung oleh pelanggan.
4. Penghantaran & Pemasangan
● Tarikh penghantaran/pemasangan adalah anggaran dan boleh berubah bergantung
kepada keadaan.
● Sebarang kelewatan akibat faktor luar kawalan (cuaca, trafik, pembekal, sekatan
pihak berkuasa) tidak boleh dijadikan alasan untuk menuntut pampasan.
● Kos berkaitan penyediaan tapak, bekalan elektrik, air, akses lori/van dan sebagainya
adalah tanggungjawab pelanggan.
5. Penerimaan Barang/Perkhidmatan
● Setelah pelanggan menandatangani dokumen serahan/barang dipasang, ia
dianggap telah diterima dalam keadaan baik.
● Sebarang kerosakan selepas serahan tidak akan menjadi tanggungjawab pihak
syarikat.
6. Pembatalan & Pemulangan
● Sebarang pembatalan selepas pengesahan tempahan tidak dibenarkan.
● Barang/perkhidmatan yang telah dibeli adalah muktamad dan tidak boleh
dikembalikan atau ditukar dalam apa jua keadaan.
● Segala pembayaran yang telah dibuat dianggap sah dan tidak akan dipulangkan.
7. Liabiliti
● Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan
sampingan, atau kehilangan keuntungan akibat penggunaan produk/perkhidmatan.
● Tanggungjawab syarikat adalah terhad hanya kepada nilai invois asal.